Click to view my Personality Profile page

Saturday, June 13, 2009

Dr. Fathi Yakan



Salamullahi alaikum.

Pada tanggal 13 Jun, Sabtu, jam 4.45 petang telah pergi seorang pejuang pendokong Islam menghadap Rabbul Jalil.

Beliau telah dilahirkan pada 9 Februari 1933 di Tripoli Lubnan. Telah berkahwin dengan Puan Dr Mona Haddad Yakan dan dikurniakan seramai 5 orang cahaya mata.

Telah mendapat PhD dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab, walaupun pada peringkat Bachelor dan Master dalam bidang Kejuruteraan.

Beliau merupakan antara pengasas gerakan islam di Lubnan bersama 50 orang sahabatnya yang lain setelah berjumba dengan Dr Mustafa As-Sibaie di Syria. Buku karangan beliau yang kita selalu jadikan silibus usrah iaitu "Apa erti saya menganut Islam".

Semoga kita semua antara yang menurut jejak langkah beliau insyaAllah. Dan juga agar kita thabat dan menjadi antara pendokong agama Allah bukan sekadar penyokong.

Semoga ruh beliau dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama hamba-hamba-Nya yang soleh.Al-Fatihah...

Monday, June 1, 2009

Petikan dari blog Ust Nasarudin Tantawi, sekadar perkongsian untuk kita semua

ALQIADAH :
TAKLIF LAA TASYRIF


Salam perjuangan buat semua. Kepimpinan adalah institusi terpenting bagi sebuah organisasi.

Tidak ketinggalan bagi sebuah Gerakan Islam seperti Parti Islam Semalaysia ( PAS ).

Justeru itu , ia mestilah menjadi institusi yang paling kukuh dan mantap bagi memastikan dasar perjuangan dapat direalisasikan dengan baik dan menepati objektif serta matlamat perjuangan itu pula dapat dicapai dengan cemerlang.

Menjawat atau menyandang status sebagai seorang pemimpin dipelbagai peringkat parti mestilah dengan segala keupayaan dan kelayakkan yang diiktiraf oleh syara' , berpandukan petunjuk Al - Quran dan As - Sunnah.

Kepimpinan ( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan ( tasyrif ) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah ( taklif ).

عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: " يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّى الذي عليه فيها.

Maksudnya: Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."

(Riwayat Muslim)

Berasaskan realiti ini , janganlah sesiapa dikalangan ahli parti memanjat tangga kepimpinan ini dengan gopoh dan rakus. Perhatikan bilah bilah anak tangga dengan teliti dan cermat serta melangkahlah dengan tertib agar tidak termengah dan mencederakan diri sendiri mahupun orang lain .

Apatah lagi dalam keadaan permukaan anak tangga yang licin dan mudah tergelincir. Kesabaran dan kematangan dalam mengambil langkah dan memutuskan sikap adalah dua elemen penting yang dilihat mampu memperkasakan institusi kepimpinan ini.

عن أبى موسى قال: دخلت على النبى صلى الله عليه وسلم أنا ورجلان من بني عمي فقال أحدهما: يا رسول الله أمرنا على بعض ما ولاك الله, وقال الأخر مثل ذلك فقال عليه الصلاة والسلام
"إنَّا والله لا نولِّى هذا العمل أحدا سأله أو أحدا حرص عليه

Maksudnya : Dari Abu Musa RA, Aku menemui Nabi saw. bersama dua orang lelaki dari sepupuku. Seorang dari keduanya berkata: Wahai Rasulullah, angkatlah kami sebagai pemimpin atas sebahagian wilayah kekuasaanmu yang telah diberikan Allah azza wa jalla! Yang satu lagi juga berkata seperti itu. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Demi Allah, kami tidak akan mengangkat seorang pun yang meminta sebagai pemimpin atas tugas ini dan tidak juga seorang yang tamak utk memperolehinya .

(Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)


Janganlah kita menjawat atau menyandang status kepimpinan dengan pengaruh pidato atau populariti , begitu juga tidak dengan pengaruh senioriti dan downline . Sebaliknya sandanglah melalui thiqah atau kepercayaan yang diberikan oleh ahli parti berasaskan kelayakan dan keupayaan syari'e.

Thiqah ini pula bukan dibina melalui penonjolan imej dan pembiayaan komunikasi kita dengan ahli ( kerana ia boleh dilakunkan aksinya menjelang muktamar yang ada pemilihan ) tetapi lahir dari kesungguhan berjuang dan keikhlasan berkorban . Bertunjang pula di atas ketaqwaan yang tinggi dan Himmah yang berwibawa.

Memberi laluan kepada yang layak memimpin dalam keadaan kita adalah calon popular adalah jauh lebih bermaruah daripada kita terus menandingi jawatan kepimpinan tersebut. Tidak memegang jawatan bukanlah bermakna kita tidak boleh menyumbang kepada Islam dan parti yang memperjuangkannya.

Demikian juga mengambil tanggungjawab sebagai seorang pemimpin setelah mendapat thiqah dari ahli dan jamaah adalah mempamerkan ia sebagai seorang pemimpin yang ada kesungguhan berjuang dan himmah yang berwibawa.

Muktamar parti adalah medan untuk bermuhasabah , mengatur strategi , memperkasakan dalaman parti , membina kader dan memberi amanah kepada yang berhak dan layak . Muktamar jangan sekali kali dijadikan papan percaturan politik peribadi dan kelompok yang sangat dinilai hina oleh syara' .

Perwakilan semestinya matang menilai dan memilih saf kepimpinan yang akan menerajui parti mengharungi badai perjuangan membelah episod cabaran baru dunia global hari ini.

Tidak didorong oleh sebarang sentimen yang asing [ klik ] dari apa yang kita pelajari melalui skima pentarbiyyahan parti , yang kita timba selama ini melalui usrah dan kuliah haraki di pelbagai peringkat.

Calon kepimpinan pula tidak meminta diundi atau dipilih dengan pelbagai penampilan dan lobi yang tidak berasaskan keupayaan dan kelayakkan sebenar. Justeru ia hanyalah hipokritisme yang akan merosakkan parti dan dirinya sendiri.

عن عبد الرحمن بن سمرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم " يا عبد الرحمن لا تسأل الإمارة فإنَّك إن أوتيتها عن مسألة وكلت إليها وإن أعطيتها من غير مسألة أعنت عليها

Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW sabdanya: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)

(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)

Semoga muktamar PAS tahun ini , yang akan berlansung di Taman Melewar Gombak dan Shah Alam Selangor akan menjanjikan satu muktamar yang bukan sahaja meriah pada sambutannya tetapi juga dilihat hebat dan perkasa menggarap perjalanan parti .

New Generation...

assalamuallaikum wbt...

salam sejahtera semua.agak lama tak post sesuatu ke laman ini.

kita semua pun ketahui tentang sejarah Muhammad Al-Fatih, seorang yang berjaya menjadi sebaik-baik amir dan membina sebaik-baik tentera sebagaimana hadis Rasulullah saw.

tetapi adakah itu semua kekal sebagai sejarah yang kita agung-agungkan, sejarah yang kita bangga-banggakan.sedangkan diri kita masih jumud di takuk lama.tiada perubahan dalam fasa-fasa kehidupan kita. Semasa di DQ, saya selalu di beri dorongan agar menjadi jilul Quran al-Farid (generasi al-Quran yang unik).

Bagaimana nak menjadi seorang yang tergolong dalam generasi ini?
Bagaimana seorang terbaik dari kalangan yang terbaik?

Resepinya begitu mudah. pastikan keseimbangan antara keperluan dunia dan akhirat. Sekiranya kita terlebih dunia, kita akan akan terasa hidup ini gersang, tanpa makna. Kalau terlebih akhirat, kita akan menjadi jumud tanpa perubahan yang kita perlukan. Apa yang penting kita gerakkan seiring dua tonggak ini agar kita menjadi insan yang seimbang. Dimana dua unsur ini saling mengimbangi, terjalin dengan begitu harmoni. Maka, tidak hairan kalau keluarnya generasi-generasi Sultan Muhammad Al-Fatih yang baru yang akan membuka hati-hati masyarakat untuk mendapat hidayah Allah Taala.

Sunday, May 24, 2009

ukhuwwah yang abadi...

salamullahi alaikum...



pada 23 Mei yang lalu, detik yang sangat indah dirasai...tak lain dan tak bukan GALA DINNER GEN 3 yang selamat dilangsungkan di Deen's Seafood...kehangatan ukhuwwah begitu dirasai...walaupun sebahagian daripada sahabat yang lain berada jauh berpraktikal dan berada dirumah masing-masing....namun terasa seolah-olah semua sahabat berada di samping...

sedar atau tak, GEN 3 dah pun ada yang grad dan bakal meninggalkan alam mahasiswa yang akan menempuh sejuta onak dan cabaran di luar sana bersama masyarakat...sediakan diri secukupnya...

ukhuwwah fillah dunia & akhirat...

Friday, May 22, 2009

iktibar buat kita semua...

salamullahi alaikum...

hari ini mahkamah rayuan mengumumkan bahawa Dr Zamry adalah menteri besar Perak yang sah...namun,sebentar tadi dikhabarkan YAB Ir Nizar akan failkan rayuan di mahkamah rayuan dalam usaha untuk merampas balik kuasa daripada orang yang gila kuasa...semoga Allah Taala permudahkan segala urusan beliau dan kita semua...

diri ini ingin membawa kita semua kembali kepada apa yang Allah Taala catatkan dalam Al-Quran...dalam surah Al-Anfal, ayat 48, Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Dan ingatlah ketika syaitan menjadikan mereka (orang munafiq) berasa indah dan senang dengan perbuatan (dosa) mereka dan mengatakan, "tidak ada orang yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini dan sesungguhnya aku adalah penolong bagi kamu", Maka ketika kedua pasukan itu berhadapan, syaitan lari kebelakanglalu berkata, " Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu; aku dapat melihat apa yang kamu tidak mampu melihat; sesungguhnya aku takut akan Allah. dan Allah itu bersangatan keras seksaan-Nya"

wallahu a'lam...

Wednesday, May 20, 2009

tanggal 21 Mei 2009...

Salam mujahadah...

Tanggal 21 Mei merupakan hari yang akan membuktikan adakah keadilan masih hidup di negara ini...Mahkamah Rayuan akan menentukan adakah permohonan YAB Ir Nizar untuk menolak permohonan menteri besar haram menangguh keputusan mahkamah tinggi sebelum ini...namun ape yang kita ketahui dan maklum, kemungkinan campur tangan luar akan berlaku...

apa pun yang berlaku berdasarkan keputusan yang akan diumumkan, kita terima dengan seadanya...

sekiranya kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat, kita mengucapkan syukur dan berdoa semoga kemenangan itu bukanlan istidrash daripada Allah Taala...

sekiranya berpihak kepada mereka, sebenarnya kita menang...kenapa diri ini berkata begitu?

1. kita telah membuka mata banyak pihak tentang bukti ketokohan dan kepimpinan Islam kepada masyarakat seperti yang ditunjukkan oleh Ir Nizar

2. bertambah ramai orang bukan Islam dibawa lebih rapat dengan Islam

3. orang bukan Islam menyokong secara terbuka Pakatan Rakyat yang turut dianggotai oleh Jamaah Islam iaitu PAS

Sama-sama kita bermunajat kepada Allah Taala kerana Dia lah Yang Maha Berkuasa dan Pemilik Segala Kuasa... Dia yang berhak menarik atau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki...

Monday, May 18, 2009

ku terfikir....

salam sejahtera...
selawat dan salam ke atas Penghulu segala Rasul...

ku terfikir apa yang sedang berlaku kepada saudara seaqidah kita di Perak sekarang ini...krisis yang jarang berlaku yang membuatkan ku terfikir kenapa ini semua berlaku...ku panjangkan lagi sorotan pandangan melangkaui sempadan negara kita...apa yang berlaku kepada saudara muslim kita di Thailand?Filipina?Indonesia?Pakistan?Kashmir?Palestin?...
mereka ditindas...
dinafikan hak...
diusir keluar...
kenapa semua ini berlaku?
kalau kita menyusuri firman Allah Ta'ala yang bermaksud kalaulah penduduk sesuatu kawasan itu beriman dan bertaqwa akan diberikan keberkatan dari langit dan dari bumi tetapi kalau penduduk itu berdusta maka akan dibalas dengan apa yang telah mereka lakukan...
di sini jelas bahawa dua perkara paling penting iaitu IMAN dan TAQWA...
adakah apa yang berlaku sekarang ini adalah disebabkan oleh kurangnya dua elemen tersebut...

fikir-fikirkanlah...
bersambung untuk akan datang...

Permulaan Kalam...

Salamullahi alaikum warahmatuh....

ku mulakan kalam ini dengan nama-Nya yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
semoga apa yang terkandung dalam blog dapat memberikan manfaat kepada semua...
dan juga semoga ini menjadi pendorong dalam melahirkan hamba-Nya yang hebat satu hari nanti...insyaAllah
Sesungguhnya orang yang paling mulia adalah orang paling bertaqwa...

syukran jazilan